* Dari klasik ke extravaganza….
Kesenian mak yong…seni teater tradisional yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Kesenian mak yong ini amat tinggi tahap kehalusan seninya bagi orang yang berminat untuk mendalami dan mencari apa itu seni mak yong.
* Persembahan dari Kijang Mas, Kelamtam..
Hamba… sebagai anak jati melayu merasakan seolah terpikul segalanya ini sebagai tanggungjawab untuk mengenali akar umbi, menuntut dan menjaga khazanah nenek moyang hamba ini sebagai salah satu tugas yang serius. Dalam arus kemodenan yang anak mudanya memaling punggung pada seni yang dianggap kuno ini, segolongan anak muda sebaya hamba masih ada kesedaran akan tampuk jatidiri bangsa sendiri…syukur.
*Persembahan dari Istana Budaya…
Minggu ini, hamba telah diberi peluang oleh JKKN untuk menggali cari khazanah berharga ini. Peluang begini tidak sesekali hamba persiakan. Sekalung terima kasih juga kepada sahabat hamba…saudara mafaka sekelamin kerana memberi ruang ini. Jasa anda hamba hargai sepanjang hayat.
* Lokan Bertepuk mengepalai persembahan merangkap Jong Rebab..
Kesempatan ini hamba didedahkan dengan mengenali dasar mak yong, sejarah, mengenali watak, tata rias dan kostum dan asas tarian diterjemahkan sekali bersama simbolik pergerakannya. Tidak ketinggalan juga Mahaguru hamba iaitu Lokan Bertepuk atau lebih glamour dengan nama CMJ@Che Mat Jusoh yang menhamburkan ilmu dan pengetahuannya dalam bab muzik mak yong. Trima kasih semua guruku…
* Endeng terjeli…kisah tragis penuh emosi..mana arjunasukma?tungguuuu..
Sesungguhnya tidak pernah sepanjang hidupku yang jadual kursusnya hanya dua jam waktu tidurnya…tapi segalanya berbaloi…jiwa dan raga terisi rapi..wujud atas jadikan payung, wujud bawah jadi pelapik..hehe..mungkin mafaka faham sepenuhnya untaian kata ini..ahaks..episod kedua bakal menyusul….

{ 1 trackback }
{ 4 comments… read them below or add one }
cmj nama dio..ganas la….hehehee
abe yi dok ratan mana? tak bejupa pun?
jgn ditanya di mana abe yie mu berada..org yg mengenali hakikat mokyong sahaja yang tahu di mana abe yie mu berada..
CMJ tu kira mcm nama timangan dia la jugok. tp kalu panggil dia CMJ, dia tak kalih pon sbb tak bentang ko dio lagi pasal nama tuh..
nanggong tok nyo ajok kita gi kelah sekali..
heheh.. nningal bas sokmo kita nih..
“sikitt.. bejale.. ambo banyok belarii…”