Mengenai Saya
Arjunasukma atau Mohd Sulhie bin Yusuf, berumur 30 tahun berasal dari Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Padang Lalang, Tanah Merah, Kelantan dan mula melibatkan diri dalam dikir barat pada tahun 1987 ketika berusia 10 tahun.
Bermula dari menjadi awak-awak dalam kumpulan dan setahun kemudian beliau mula berjinak-jinak dengan alat-alat muzik seperti belajar memalu gong, canang, marakas, gendang anak dan seterusnya gendang ibu.
Setelah beberapa tahun belajar dan mendalami ilmu muzik dikir barat ini, barulah beliau mendapat kepercayaan dari pemuzik-pemuzik senior untuk keluar ke gelanggang atau pentas terbuka.
Setelah mendapat kepercayaan dari pemain muzik senior, Arjunasukma mula mendekati para pemuzik yang ternama dan berpengalaman luas dalam bidang muzik dikir barat. Bermula dari situ beliau mengambil peluang yang ada untuk mendalami ilmu dikir barat ini secara lebih terperinci.
Arjunasukma dilatih dari peringkat ke satu peringkat agar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran dalam seni dikir barat. Beliau juga telah didedahkan kepada teknik-teknik menjadi seorang pendikir yang terbaik dan juga didedahkan kepada teknik-teknik melatih orang lain agar apa yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk mengajar para pelapis seperti mengajar di sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat jurulatih dikir barat.
Pengalaman & Portfolio
Arjunasukma telah terlibat secara aktif dengan mengadakan persembahan dan pertandingan di peringkat jajahan, negeri dan kebangsaan dan telah memenangi beberapa anugerah seperti : -
[1999] Pemuzik Terbaik ADUN Tanah Merah, Kelantan
[2000] Pemuzik Terbaik Dikir Barat JKR Kelantan
[2002] Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM
[2005] Johan Pertandingan Dikir Barat Piala Keputeraan Sultan Kelantan
Beliau juga mempunyai kepakaran khusus dalam bidang muzik dikir barat dan pernah menjadi pemuzik kepada tokoh-tokoh dikir barat ternama di Kelantan seperti Daud Bukit Abal, Salleh Jambu, Jusoh Kelong, Megat Nordin dan Zaidi Buluh Perindu.
Dalam bidang kejurulatihan pula, beliau bergiat aktif diperingkat sekolah, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan syarikat-syarikat swasta. Antara sekolah-sekolah dan organisasi yang pernah menggunakan khidmat Arjunasukma sebagai Jurulatih ialah :-
* Sek Men Keb Tanah Merah II, Kelantan
* Sek Men Keb Rantau Panjang, Klang, Selangor
* Sek Men Tinggi, Klang, Selangor
* Sek Men Banting, Selangor
* Sek Men Si Jangkang, Banting, Selangor
* Sek Men La Salle, Petaling Jaya, Selangor
* Sek Men Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, Selangor
* Sek Men Keb Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor
* Sek Men Tinggi, Kajang, Selangor
* Sek Men Keb Syed Mohd Al Bukhary, Alor Star, Kedah
* Sek Men Kebangsaan Jitra, Kedah
* Sek Men Kebangsaan Kapit I, Sarawak
* Nestle (M) Shah Alam, Selangor
* Fajar Bakti, Glenmarie, Shah Alam, Selangor
* Kumpulan WI Rantau Panjang, Klang, Selangor
* Belia 4B Pandamaran Jaya, Klang, Selangor
* Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor
* Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Putrajaya
* Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor
* Majlis Belia Malaysia
Antara kejayaan besar Arjunasukma dalam bidang kejurulatihan ialah berjaya membawa Negeri Selangor muncul sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah Peringkat Kebangsaan 2003 dan membawa Negeri Kedah dan Sarawak layak ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dua tahun berturut-turut.
Di atas penglibatan saya dan pengalaman yang ada, Arjunasukma juga telah dilantik sebagai hakim di beberapa pertandingan berprestij di antaranya
1. Pertandingan Dikir Barat Terbuka Lembah Klang 2003
2. Pertandingan Dikir Barat Terbuka Lembah Klang 2007
3. Pertandingan Dikir Barat Belia 2007
4. Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah Daerah Kuala Langat
5. Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah Peringkat Negeri Selangor
Di peringkat Intitusi Pengajian Tinggi pula Arjunasukma juga telah dilantik sebagai Hakim di Pertandingan Dikir Barat Antara Kolej di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Festival Seni setiap tahun sehingga sekarang.
Terkini : Menjayakan Mentor TV3
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Arjunasukma a.k.a Abe Yie di talian 013 339 4000 atau ajukan persoalan di arjunasukma@yahoo.com
{ 3 trackbacks }
{ 11 comments… read them below or add one }
askum…
abe yie kito apo kabar?
sajo jah ni gata tange ata meseh ni..sbb napok dok port klang dan asal dr tnh meroh.ambo asal koknung jugok…br dok port klang.kalu blh nk cr saing2..mudoh baso kalu ado apo2 hal…maklum la kito ore luar..perantau..
ambo ni minat sgt ko dikir barat…royang kulit,teri dan jugok mok yong
aly ni dok alik mana..klau dok port klang jugasila atur jadual datinglah…ni no abe yie 0133394000
tengok ko pengalame abe yi ni bule kkiro jugok kalu gitu.
latih set ddikir negeri hok takdok patat siput pon buleh menang jugok.
ssero nok nnutok ngan abe yie. tapi nok gi jauh, port kle.
ambo dok pahang.
ngan talipon buleh jugok dih, ko guano abe yie??
abe yie keno mari skali ngajar puak2 ambo
Hidup dikir barat..hehehehe…
juka : ambo xpanda mana..hok tahu blh pakat kongsi…gitu jah la..
risha : puak demo sedap dah, cuma ada beberapa tmpat yg perlu dikemaskan dgn format dikir standard..kemerduan dan caro berdikir betul..tp format kurang tepat..
puak2 kawe asas pon kuca bara lg..nnti thun dpn ajaknya..kawe nk mintak puak2 demo tlg tgk bdak2 kito..nnti gpo hal kwe kontek abe yie
nnti sy kmas blik la puak2 sy.time kaseh atas nsihat abe yie..dvd dkir ppda 2009 lmbt lg ko kuar?x sbar nk bli nie…hehe..
vcd 2009 dah kuar…sila mmbuat tempahan…
nok tengok sikit, dok jerong mano??
nati sere tolong ambil sedutannya..sebagai bentuk promosi..