*ahli majlis tertinggi dikirbarat.net 2009
*berdiri dari kiri : cekgu Jo,munky g,datuk d,mie kkebah,wakil tmerloh,abelanun,juka,boss raub,chepar,ja tabuh pusaka,sri nara,saing abepar,saing abepar jgk,sriperindu,salok madu.
duduk dari kiri : moka,muslih,arjunasukma,abe lan,lokan bertepuk,mafaka,senok.
Alhamdulillah, majlis buka puasa kali ini berjalan lancar dan meriah. Sambutan amat menggalakkan dari semua ahli tegar. Kemeriahan lebih bertambah tahun ini apabila sahabat kita dari luar Kuala Lumpur pun sudi turun bertandang atas satu niat suci..eratkan silaturrahim.

*antara sajian yang menggoda nafsu pengunjung..ahaks.
Walaupun perancangan yang agak singkat, namun atas komitmen dari semua ahli yang cukup ‘sporting’ menjadikan majlis ini lebih bermakna. Dari pukul 6.00 petang ahli kita sudah mula berkumpul di lokasi yang ditetapkan iaitu Kafe Anis Puteri, atau lebih di kenali dengan panggilan ‘Keda Abe Lan Pantai Dalam’ , Kuala Lumpur. Abe Lan sebagai tuan empunya kedai tak kering air tangan melayan kami dari mula datang hingga pulang.

*wakil dari UITM
Walau ada ahli yang tersesat mencari destinasi, namun masih boleh tersenyum bila melihat semangat kawan-kawan yang lain. Segala penat lelah berpuasa sehari terus hilang dek kemeriahan suka hilai dan saling mengusik antara satu sama lain sebagai perencah resipi persahabatan.

*wakil dari pahang…exco temerloh..
Cuma majlis kali ini agak sedih dipenghujungnya kerana kelewatan dua orang ahli kita iaitu Datuk D dan Mie Kkebah kerana tersangkut di laluan komuter dari segambut ke KL. Sungguh memilukan bila mata mereka berdua hanya dapat melihat dan menghidu lazatnya hidangan, langsung tak sempat sentuh di lidah. Hamba cukup sedih dalam hal ini. Setelah abis waktu berbuka, pekerja kedai terus sapu meja…sepatutnya ada lagi makanan kerana makanan disediakan untuk 35 orang tapi yang makan hanya 32 orang. Kesilapan ini tidak wajar diulang lagi. Maaf Datuk D dan Mie Kkebah..tahun depan kita pakat beli komuter sendiri..hehe
Terima kasih kepada semua yang hadir..tahun depan kita buat lagi besar..insyaallah..yang penting raikan chenta, perkasakan silaturrahim..
Lagi gambar di dalam forum http://dikirbarat.net/forum/video-and-gambar/gambar-majlis-buka-puasa-2009-kedai-abe-lan/