**Maskoby, jenal basa diwana, noor kala mas, maskoby Jr, ambo and datuk D
Sudah berapa minggu tidak sempat nak mematuk keyboard secara teratur kerana kepadatan jadual agak luar biasa. Tapi menunggu musim tak sibuk mungkin semakin sukar kerana kita yang mencipta kesibukan itu sendiri. Sanggup kerja buat apa jika mahu rehat…tapi nak rehat juga kurang sesuai pada waktu ini. Nak tak nak digagahkan jua. Kalau seni dikir malap berkumandang, kita juga salah satu puncanya…kantung juga seimbang malapnya jika rehat melebihi kerja.
**Al Aziz Desa dan Shira…
Sehari dua ini, setiap pagi jumaat hamba kena berkejar ke Sri Pentas untuk mengisi slot Nasi Lemak Kopi O. Rancangan ini memilih konsep muzik-muzik tradisional untuk menjadikan muzik selingan dalam rancangannya. Dalam masa yang sama memberi peluang kepada hamba untuk memperkenalkan rakan-rakan seperjuangan untuk melangkah dan belajar selok belok mengendali diri dalam bentuk persembahan sebegitu.
**Aziz, Noor Kala Mas dan Shira
Walau pun tidak mempamerkan bentuk dikir asli sepenuhnya namun alat muzik dikir diguna sebagai asas nyanyian. Sekurang-kurangnya ‘rasa’ dikir itu masih ada untuk menghilangkan rindu peminat dikir seluruh Malaysia. Bukan tidak mahu menyerlahkan dikir sepenuhnya, tapi atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa menghadkan setakat itu saja peserta atas kehendak tertentu.
Di sini juga kami dapat belajar mengenal berdepan kamera, berkomunikasi secara tidak langsung tapi langsung dan seumpamanya. Gugup, berdebar dan panik adalah penyakit biasa kita sebagai manusia bila berada di situ, tapi kebiasaan dan cara mengawal emosi bercelaru itu membezakan kita dan orang lain.Perihal ini cukup bermakna kerana ruang lain mungkin tidak sama pentas pembelajarannya berbanding ruang kamera langsung begini..
Terima kasih Saudari Cik Nurul selaku penerbit yang sudi menjemput kami untuk mengisi ruang ini. Kepercayaan anda kepada kami amatlah dihargai.

