Kali ini hamba ingin menyelitkan sedikit kelainan dari kelompok dikir barat untuk disajikan pada pengunjung sekalian. Kelainan ini tidak lari jauh dari alam kesenian tradisional yang kami junjung seadanya…iaitu Seni Silat.
*Sapo kata maskoby tak pandai bergendang..?
Pada 22 Mac yang lepas, hamba dan para sahabat serta Ayahanda Lokan Bertepuk mencemar tapak kaki turun menapak di atas tar bitumen berlapik papan lapis kerana ingin memenuhi permintaan penganjur.
*Mafaka, Ayah Mat Lokan Bertepuk serta Maskoby dalam persembahan.
Perhimpunan Pribumi Perkasa ini telah memberi kepercayaan kepada Pasukan Silat hamba untuk bersilat menyambut kedatangan tetamu utamanya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
*Abe Mie, Mie Kkebah, Helmi, Abe Jali dan Sedi Misai K…sedang bertugas.
Setelah berpijak saja kaki Tun ke tanah tempat untuk disambut, sepasang panglima pasukan silat kami telah segak berdiri untuk membuka pencaknya. Tapi sayang, segerombolan wartawan terus menerpa untuk menidakkan langkah pendekar pasukan hamba…hanya sempat membuka tari tanpa langkah.
*Setelah selesai berpencak…membuat rumusan dan post mortem.
Tetapi, sepasang pendekar lagi sempat untuk menyambut Tun dengan tatasusila yang agak sempurna setelah mendapat kawalan dan bantuan dari Polis yang bertugas. Dapat jugak panglima kami memberhentikan langkah Tun untuk merestui sambutan yang kami rancang terhadapnya.
Terima kasih kepada semua angkatan hamba yang bertungkus lumus dari pagi yang sore berkumpul di Bangsar pada hari tersebut. Sekali sekali berkumpul diawal pagi begitu seronok juga…boleh berkongsi idea yang amat berbeza dari kebiasaan yang kotak ideanya bercambah apabila malam sudah larut.
{ 13 comments… read them below or add one }
aaa.. ganah nih.. hahahahh
semoga ada hok lebih ganah disajikan oleh arjunasukma.com nih
hahaha
bakpo eh pakat paka baju hitam belako tu…berkabung ko?
lagu gambar alik belake….gambar jauh…gambar dale gelap…jare sgt gambar hak nyata kalu gambar jemie kebah gok…mace tok nak berapa bubuh jah gie kita….apa pun terima kasih arjunasukma kure2 sebut nama jugak buke kata nak suruh puji tapi nak royat kata ada lagi la hok bulih gende buke koho nak pupus dok….Majulah seni budaya bangsa
keras mata la set2 ni…mlm gomo dh di klang…pg hari gomo di tnb plak…tkt nyetok jah bimbe..
nok jaga seni gitu la adik awe wei
make nasi tp sendawa bau gong nga gende…xtahu nak royak lagumana la gambaran tu..
mata jah la kerah sebule dua ni
hahaha…mahal2 puok nih…tapi baik ssilat la pado mmaen gendang tuh…tok penat..tapi yo lah..angin oghe ni banyok mace…hehehe
baik kerah mata laa…pada kerah mugo lain…kata jemi kkebah
lagu doh la kiro2 nyo
kerah mata takpo lagi…loni baru timbul pesen jenis penyakit kerah pedal pulok doh…mu kkebah kalu nk besaing lama jgn dok buat pesen tu..
kena sokmo….
guano ya ayah mat kata begitu…..ada x kena kena gapo alik ambo nango marah begitu lalu