A k a d e m i A r j u n a s u k m a » akademi arjunasukma

Teknik Menepuk Tangan
Dalam seni dikir barat, tidak sah akan dikir itu jika tiada tepukan. Tepuk tangan merupakan salah satu rukun dalam dikir barat. Tapi berapa ramai pendikir yang bertepuk tangan dengan betul? Persoalan sebegini jarang yang menerokai dalam bentuk yang lebih terbuka, kerana menganggap tepuk tangan adalah perkara yang senang dan remeh. Sesiapapun boleh bertepuk. Tapi tepatkah cara yang dibuat, dan memadaikah setiap hasil tepukan tersebut?

Sebagaimana kita sedia maklum, sejak dari lahir kita didedahkan dengan tepuk tangan. Diagah, diusik dengan cara bertepuk supaya kita semasa bayi boleh tersenyum atau dengan kata lain cuba menarik perhatian. Dalam sudut dikir barat, tepukan yang padu, nyaring dan tepat menjadi ukuran utama. Jarang kita melihat markah tepukan diambil kira dalam skima permarkahan, tapi selalunya ia dinilai dalam keseragaman dan paduan awak-awak.

Penilaian tepukan ini selalunya dinilai secara keseluruhan dalam bentuk kesepaduan awak-awak kerana tepukan juga boleh mempengaruhi dan mencelarukan cara awak-awak berdikir. Tepukan boleh menggagalkan perjalanan tempo yang sepatutnya, tepukan juga boleh menyukarkan seseorang tok jogho atau tukang karut untuk mengambil setiap baris kepala lagu atau rangkap susulan.

Mendekati sifir dan formula tepukan ini, apa yang paling utama ialah ketepatan tepukan agar kena dengan tempo dan seiring dengan alat muzik. Dalam dikir barat tepukan diambil kira bersamaan dengan paluan gong. Samada tepukan bersama dengan gong berdasarkan sifir empat bit bersamaan satu gong atau tepuk berselang dua bit sebelum gong dalam kiraan empat bit satu gong. Itu dikira dalam bunga tepukan. Ada juga sesetengah kumpulan menepuk secara rapat mengikut kiraan bit di setiap sendi lagi seperti lagu juara, tetapi teknik itu juga boleh diterima pakai dan dikira dalam bunga tepukan. Tapi harus diingat, tepukan sebegini boleh mencacatkan tempo lagu jika awak-awak yang belum ada kepakaran sepenuhnya. Ianya akan mempengaruhi tempo lagu dan menjadikan lagu laju secara mendadak. Apa-apa teknik tepukan, yang penting, tepuk mestilah bersama dengan gong. Ditambah tidak menjadi kesalahan tapi jangan tinggal kosong tanpa tepukan bersama bunyi gong.

Tepukan juga perlu didalami caranya dalam bab penghasilan bunyi tepukan. Untuk menghasilkan bunyi tepukan yang nyaring secara teorinya tapak tangan mestilah bebas dari ruang-ruang diantara tapak tangan yang membolehkan angin berkumpul dicelahnya. Pada mulanya akan terasa pedih pada tapak tangan pada pendikir yang baru. Lama-kelamaan rasa pedih itu akan hilang dek alah bisa tegal biasa. Salah satu teknik yang selalu digunapakai secara meluas adalah dengan cara merendahkan sedikit telapak tangan samada tangan kanan lebih ke atas dari tangan kiri atau sebaliknya, yang penting keadaan telapak tangan tidak selari supaya tiada ruang diantara kedua telapak tangan yang bertekap itu. Jika tanpa angin yang terkandung ditengah-tengah itu, maka kenyaringan tepukan akan terhasil secara automatik. Jika nyaring dan garingnya tepukan awak-awak, selalunya akan menaikkan semangat tok jogho dan tukang karut untuk lebih kreatif dan melonjak kehebatannya dalam persembahan tersebut.

Perihal ini selalunya jarang disedari..tapi jika anda mencuba…hasilnya anda juga yang dapat buktikan pada diri sendiri apa itu kepuasan berdikir barat.

Akademi @ Kolej Komuniti Rompin
*Kolej Komuniti Rompin..pembelajaran sepanjang hayat.

Minggu ni agak kepenatan..tapi kalau ikut penat..hari ni penat, besok penat, lusa penat..smpai bila-bila pun penat. Namun kerja dengan minat, penat itu jadi debu ditiup angin saja. Balik rumah baru penat muncul balik.

*Penuh tumpuan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar..

Minggu ini hamba memenuhi jemputan dari salah seorang sahabat hamba merangkap duta dikir barat di Rompin bandar Udang Galah nun hampir sempadan Pahang-Johor. Jarak yang agak jauh dari Klang ke Rompin sudah tentu menjanjikan kepenatan dalam perjalanannya, namun bergerak paksi rasa jiwa dikir barat, sempat jua hamba singgah memenuhi permintaan Saudara Hafizal merangkap Pengurus kumpulan Anak Naga Seri Keladan Temerloh untuk berkongsi pentas membuat persembahan di Kg Charuk Puting..(cerita ini akan dimuatkan dalam entri selepas ini).

*Tepuk tangan kepit ketiak..dikir ke nasyid..hehe

Hampir pukul 4.30 pagi baru sampai ke Bandar di Rompin disambut senyuman paling awal pagi itu oleh En Kasmara. Sempatlah berehat mata selama beberapa jam untuk memulakan kelas jam 8.30. Dengan bersarapan roti canai telur dengan En Kasmara, maka sessi bengkel diteruskan dengan modul-modul seperti dirancang.

*Bab tari dalam dikir barat..pastikan selaras..baru cacat tidak muncul

Peserta dari Sek. Men Teknik Sultan Ahmad Shah di bawah pengurusan cikgu Ismail memenuhi dewan kuliah. Ketekunan dan minat yang tinggi para pelajar tersebut untuk mengenal apa itu dikir barat secara tak langsung melenyapkan rasa keletihan dan mengantuk hamba untuk meneruskan sessi pada hari pertama itu.

*Setelah 12 jam baru pinggang mahu lembut..tp suara plak ilang..adduss..

Sessi hari kedua berjalan seperti biasa. Latihan dari dalam bilik kuliah dipindahkan ke ruang yang lebih terbuka agar suara yang terpantul oleh gema dalam bilik itu memanjakan para pelajar. Manja yang membawa rebah itu tidaklah membantu untuk mereka berdiri seiring di alam dunia nyata nanti. Semoga negeri Pahang akan lebih bersinar dalam dunia Dikir Barat Anti Dadah Kebangsaan 2009.

*Akhirnya berjaya hasilkan satu produk untuk memenuhi menu negeri Pahang

Sekalung terima kasih kepada En Kasmara kerana sudi menjemput hamba..dijamu dengan seperiuk udang galah tiga rasa…4 hari sendawa rasa udang galah..bulan depan kalau nak panggil lagi pun boleh..hahaha..udang galah oh udang galah…

*Wahai udang galah…rinduku kepadamu sukar untuk dilupakan…ahaks..

abeyie@arjunasukma

Permata Berdebu UPSI Tanjung Malim
*Amran…Daud Bukit Abal Junior…muncul Johan pada malam itu.

Beberapa minggu lepas, hamba mendapat jemputan bersama Halim Yazid untuk menjadi juri Pertandingan Dikir Barat sempena Karnival Ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Kami pergi membawa dua tugas iaitu Juri dan Artis untuk membuat persembahan.

* Antara kumpulan yang menyertai..gaya mengancam..

Mungkin seni dikir barat adalah seni yang baru di kalangan warga UPSI kerana penyertaannya sangat rendah. Hanya 5 pasukan sahaja menghantar wakil. Begitu juga dengan taraf persembahan. Jika dilagakan dengan universiti-universiti lain, sudah tentu agak sedikit ketinggalan.

* Satu satunya kumpulan dianggotai oleh tok imam dan tok siak..hehe

Dengan berbekal semangat peserta semata-mata tidak cukup untuk meletuskan satu bentuk dikir sebagaimana yang diharapkan oleh para juri yang mahu dikir barat yang sebaiknya. Kedaifan dari segi peralatan muzik amat ketara. Dalam satu pertandingan hanya satu set alat muzik yang disediakan oleh penganjur…semua kumpulan yang bertanding menggunakan alat muzik yang sama. Keuzuran tidak perlu dinyatakanlah.

* Halim Yazid membuat persembahan..diiringi Kump Kolej Ungku Omar.

Harapan hamba sebagai penggiat dikir, semoga pihak yang bertanggungjawab dapat membuka mata melunaskan satu peruntukan khas untuk perkembangan seni dikir ini memandangkan UPSI bukan ketandusan bakat dalam bidang ini, tapi persekitaran yang memenjarakan kebolehan semulajadi ini untuk mencambahkan benih-benih baru di ladang asing.

* Barisan Juri Adil lagi berlagak bagus..hakhakhak..

Apapun hamba amat berterima kasih kepada peminat Halim Yazid dan peminat dikir barat di UPSI. Hampir dua ribu orang membanjiri perkarangan menonton persembahan selingan kami. Jiwa seni dikir barat masih segar di sanubari generasi muda jika kena gaya olahannya.

abeyie@arjunasukma

Akademi@Kuala Kangsar Bandar Diraja
Minggu ini, sempat hamba menyelitkan ruang jengahan ku ke Kuala Kangsar…sebelum ini hanya mengenal Bandar Diraja ini melalui tv3, itu pun nasib baik cuaca politik negara membuat satu lawak jenaka yang boleh menarik krew tv ke bandar itu. Indah sungguh Masjid Ubudiah..Sehebat Istana Iskandariah..

Tapi kali ini, hamba bukan ke sana untuk menyentuh pasal iklim politik, tapi membawa tugas untuk menyentuh produk baru dikir barat dari bandar itu. Mengikut hikayat cerita sekolah ini sempat juga merasa johan daerah tiga kali berturut-turut. Boleh dikira hebat dalam kategorinya. Akan tetapi baru dikejutkan oleh sedara terdekat dalam keputusan tahun lepas. Jadi para pendokongnya lantas mengambil jalan pintas untuk memintas kebangkitan jiran tersebut dengan cara sihat. Maka sampailah hamba ke sana.

Apa yang dapat hamba perhatikan, sepanjang hampir sepuluh tahun hamba mengikuti Dikir Barat Anti Dadah peringkat sekolah menengah ini, Negeri Perak agak kebelakang sedikit sebaya dengan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Hamba berkata begitu kerana setiap tahun wakil ke Kebangsaan tidak pernah memberi saingan sebagaimana negeri-negeri lain yang telah berubah jauh dan hampir sebaya tahapnya.

Sekolah ini ada potensi. Dari segi minat yang mendalam pelajarnya, kesungguhan guru-guru penyelia dan jurulatih senior, tidak mustahil sekolah ini boleh pergi jauh dalam arena ini. Cuma perlu sentuhan untuk menggilap permata yang bakal bersinar. Jika kena caranya, mereka akan menjadi pelopor perubahan iklim dikir Negeri Perak. Hamba berkata begitu kerana syarat asas untuk menjadi pendikir yang baik sudah pun dipenuhi…yakni gabungan antara ciri2 yang sedia ada di sekolah tersebut.

Apapun, itu baru langkah pertama..masih jauh yang perlu jika menyelusur..banyak langkah lagi yang perlu diatur..kita hanya merancang yang terbaik bagi kita…selebihnya…takdir sudah tertulis..samada menyebelahi kita atau sebaliknya..usaha lift kejayaan…

arjunasukma@abe yie