Posts Tagged: arjunasukma
-
Aug 05, 2009
4 CommentsBengkel Pengenalan Dikir Barat UTEM
Kali ini jadual tugas hakiki hamba terus bersambung seperti biasa. Tamatnya musim Kesenian Anti Dadah peringkat sekolah menengah, kini tibalah masanya untuk menyentuh sessi luaran dari lingkungan pelajar sekolah menengah. *Sibuk menyalin nota…semoga jadi bekalan selamanya.. Sambungan dari Bengkel Pengenalan Dikir Barat yang telah diadakan pada tahun lepas, kali ini Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)...
-
Jul 25, 2009
21 CommentsIsmaya Astagina…ceding bertunas…
*Gambaran kepuasan sebuah jiwa disebalik sehelai kain putih… Menanam anak benih, risiko mati sebelum tumbuh, yang tumbuh belum tentu hidup, yang hidup belum tentu tak mati dan sudah pasti akan mati. Begitulah mencuba sesuatu yang baru…lutut lemah rebahlah langkah.. Demi menganggung pusaka amanat taruh nenek awal guru mula, maka dengan rela hati hamba menceburkan diri...
-
May 07, 2009
14 CommentsTahniah Sulung
Musim tahun 2009 agak meningkat sibuknya berbanding tahun lepas. Demi memenuhi jemputan untuk menyuburkan benih dikir keseluruh tanahair tercinta ini, patah paruh sayap ku tongkat jua. Kalendar Karnival Seni Pencegahan Dadah 2009 disingkap tirai agak awal tahun ini. tidak seperti tahun sebelumnya yang bermula pada bulan Mac. Tahun ini diari hamba telah terconteng pada awal...
-
Apr 03, 2009
103 CommentsVCD Arjunasukma – Pakej Telah Dilancarkan
Kini..segalanya berjalan mengikut jadual. Impian sudah menjadi realiti. Setelah melalui tempoh percubaan selama sebulan, vcd ini telah mencatatkan jualan yang cukup memberansangkan. Memasuki fasa kedua, demi melengkapkan tanggungjawab sebagai penggiat dan pengembang seni dikir barat ini, kami dengan penuh daya upaya menjalankan langkah-langkah yang seterusnya. Berpangkal dari siapnya pembikinan Teknik Asas Muzik itu, sekarang proses...
-
Mar 30, 2009
13 CommentsSeni Silat Tari @ Perkasa
Kali ini hamba ingin menyelitkan sedikit kelainan dari kelompok dikir barat untuk disajikan pada pengunjung sekalian. Kelainan ini tidak lari jauh dari alam kesenian tradisional yang kami junjung seadanya…iaitu Seni Silat. *Sapo kata maskoby tak pandai bergendang..? Pada 22 Mac yang lepas, hamba dan para sahabat serta Ayahanda Lokan Bertepuk mencemar tapak kaki turun menapak...
-
Mar 06, 2009
3 CommentsSenandung Irama Dikir Barat (SIDRAT 09)
Senandung Irama Dikir Barat atau lebih dikenali sebagai SIDRAT merupakan acara tahunan bagi Pertandingan Dikir Barat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pertandingan ini terbuka kepada semua kolej-kolej di UPM. Setiap kumpulan akan bertarung untuk merebut johan pada setiap tahun. Pada tahun ini, hamba dipilih untuk menjadi juri pada pertandingan tersebut. Hamba dipilih untuk membantu Pok...
-
Mar 03, 2009
39 CommentsBengkel Dikir Barat @ Kota Bharu, Kelantan
*Penulis sedang menyampaikan ceramah dikawal selia oleh Halim Yazid. Bersama saudara Halim Yazid, hamba balik ke Kelantan beberapa minggu lepas untuk menyahut panggilan dari Sek Keb Wakaf Mek Zainab (2) merangkap satu-satunya sekolah cluster Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini ingin menonjolkan kesenian tradisional kepada pelajarnya supaya terbilang dalam bidang yang ingin diserlahkan ini. *Antara...
-
Feb 12, 2009
66 CommentsVCD Asas Muzik Dikir Barat – Kini Di Pasaran
VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat ini diterbitkan atas permintaan yang tinggi di kalangan para guru, jurulatih serta pendikir yang baru mengenal seni Dikir Barat. Memandangkan permintaan yang tinggi ini, saya telah berusaha untuk menerbitkan vcd ini, dengan bantuan sahabat-sahabat yang memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing. Berbekalkan pengalaman saya selama 22 tahun berkecimpung dalam...
-
Feb 09, 2009
13 CommentsAkademi @ Fisio Sg Buloh
* Sedang asyik perbetulkan gerak tari..suara ke mana dek.. Minggu ini sempat juga menjengah pewaris dikir dalam kelompok warga perawat-perawat fisioterapi yang menghadapi Pertandingan Peringkat Unit dalam Kolej Kesihatan Sungai Buloh. Mengikut pemahaman hamba, pertandingan ini diadakan pada setiap tahun. * Betul nada suara…tari ke mana dek…hehe. dikir barat..tak semudah disangka Hanya dengan sekali jenguk...
-
Feb 02, 2009
12 CommentsLain padang, lain belalang..lain pacatnya..
*Penonton sedang khusyuk mendengar gesekan rebab dari ‘Abe Awe’.. Dunia Mak Yong..dunia yang baru hamba ceburi demi melengkapkan sifat dan tanggungjawab dilahirkan sebagai seorang yang terbenih minat pada kesenian tradisional peninggalan nenek moyang hamba ini. Mak Yong..merupakan abang yang jauh lebih tua dari dikir barat ini mempunyai keunikan yang tersendiri bila diselami dengan lebih...