Akademi Dikir Barat Arjunasukma » asrulfaizal

BUDAK KELANTAN lagi….
Penulis bersama Jaha Amerika @ Asrul @ Mafaka

Tatkala ini baru ada kelapangan untuk menulis dengan agak selesa berkaitan desas desus wayang Budak Kelantan ini. Sehari dua ini, hanya sempat membelek-belek laman orang lain yang begitu ghairah memperkatakan bayangan sulung perihal filem ini.

Walaubagaimana pun, sebagaimana lumrah..jika cerita sampai penyampai antara mulut ke mulut ini sudah pasti ada yang tercicir di dalam perjalanan, dan ada juga bertambah tokoknya di setiap simpang persinggahan. Faktor terlebih dan terkurang inilah yang menjadi sumber kekaburan akan jalan cerita sebenar.

Setelah diberi sedikit keistimewaan antara orang yang terpilih untuk menerima jemputan dari saudara Asrul @ Mafaka sendiri untuk menghadiri sessi pratonton filem tersebut, berserta menjadi pemuzik khas kepada Halim Yazid tatkala membuat persembahan di awal pelancaran filem tersebut, sempatlah hamba tumpah tuah menonton bersama wartawan-wartawan jemputan pada hari itu.

Setelah menonton dari awal hingga akhir, nampaknya tohmahan hamba sebelum ini ada sedikit meleset dari sangkaan awal. Sebelum ini ada membaca beberapa sinopsis yang singkat ditulis oleh penulis-penulis bertauliah menggambarkan filem ini amat teruk sekali kerana menampilkan berbagai gejala negatif remaja kelantan di perantauan.

Sebenarnya…filem ini mengizinkan penonton untuk membuat dua pilihan iaitu ingin mentafsirkan dalam bentuk yang berat atau ringan. Kisah ini mempunyai dua lapis kasta tafsirannya bergantung pada individu itu sendiri.

Penulis dengan muka bangun tidurnya…hehe..

Hamba bukan pelajar filem, para ilmuan filem, jauh sekali pengkritik yang diiktiraf tapi dengan kecetekan kita sebagai seorang penonton kampungan masih lagi bisa menterjemahkan dan melampungkan isi-isi yang padu disebalik jalan ceritanya. Apa yang hamba lihat, pengarah filem ini, Wan Azli telah berjaya meresapkan satu rasa yang cukup jujur untuk menggambarkan bagaimana baik dan jahat itu bila disatukan berkait menjadi prinsip minyak dan air. Minyak tidak akan bercampur dalam air walau terjatuh ke dasar.

Antara pengajaran yang menarik…walau sejahat-jahat Jaha Amerika, namun tidak terlintas sedikit pun dihatinya untuk menyekat Buchek dari berpegang pada akhlak dan akidahnya. Manakala buchek yang begitu suci rela mengorbankan kasih sesama manusia demi merubah seorang sahabat agar sama-sama menjadi kekasih kepada maha pencipta. Gambaran darjat seorang perempuan yang amat murah akan tarafnya diluahkan oleh Jaha Amerika amat jelas dan sekaligus memberi kesedaran kepada perahu-perahu dara yang semakin hanyut di dunia realiti ini. Jarang sekali seorang pengarah muda begini amat berani untuk mempertaruhkan diri untuk berdakwah dalam bentuk seni layar ini.

Berbatik biru (wakil rakyat yang baru kalah)..Kot hitam (Pensyarah baru ditamatkan kontrak). Tapi dua dua bujang lagi ..

Dalam pada itu…sehari dua ini, akhbar-akhbar tempatan juga tidak lekang mengenengahkan hal ini. Ada yang berbentuk positif dan tidak kurang negatifnya. Tertarik hamba pada wartawan metro yang begitu ghairah mem’poyo’kan sahabat hamba berserta pengarahnya. Perihal bermulanya kisah ini hanya kesilapan tafsir antara jawapan gurauan dan serius, itu saja. Mengapa perlu seorang wartawan yang profesional begitu mengikut rentak penggiat-penggiat muda yang masih tercari rentak yang sesuai di gelanggang media ini. Dah namanya baru, sudah pasti tidak secekap orang lama untuk memberi jawapan yang diperlukan wartawan sebagai bekal yang manis dibawa pulang. Harapan hamba, wartawan juga boleh menjadi pencatur yang profesional dalam konteks melepaskan geram pada orang muda yang baru belajar bertatih….Sama-sama kita doakan kebahagiaan para wartawan dan kita semua..insyaallah..

abeyie@arjunasukma