A k a d e m i A r j u n a s u k m a » festival seni universiti malaya

FEStKUM 2009
Semalam tanggal 13 Disember 2009, maka berlabuhlah tirai Festkum 2009. Satu festival yang cukup meriah dalam kalender kejohanan universiti Malaysia. Setelah seminggu bertungkus lumus berkongsi kesibukan dengan adik-adik yang berlari-larian dalam gelanggang yang sama, penat lelah akhirnya teroktah jua.

Banyak acara yang dipertandingkan seperti Boria, Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Muzik Akustik dan Pantun, tapi di sini hamba ingin menyentuh mengenai Dikir Barat. Perihal lain bukan bidang hamba dan hamba juga tidak mahu memandai-mandai seadanya.

Setelah berakhirnya pertandingan Dikir Barat pada 10 Disember 2009, hamba dengan penuh tekun cuba menyelinap ke dalam jiwa dan mengorek rasa setiap penggiat dikir yang menyaksikan pertandingan tersebut. Bayangan dan capaian akal penilaiannya hampir sekata…satu suara satu Malaysia. Setelah dicantum dan dirangkumkan segala pendapat dan ulasan, hamba terus melonggokkan di satu sudut minda untuk menjadi pelengkap dengan rasa naluri hamba sendiri dalam membuat penilaian ini. Apa pun, semua rasa itu hanyalah sampah sarap saja, tidak menggambarkan realiti dan hakikat di hujung pena setiap hakim yang menilai.

Setelah 2 hari berlalu maka keluarlah keputusan rasmi untuk pertandingan Dikir Barat yang mana Johan dimiliki oleh Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Johan dijejaki oleh Sutra Pawana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diikuti oleh Basa Diwana dari Universiti Malaya.

Dari pengamatan hamba, keputusan ini mencetus seribu persoalan antara mimpi dan sedar kerana jauh tersasar dari konsep penilaian peribadi hamba. Walau apapun kita kena sedar hieraki susunan pentas dunia…Pertama tuhan, kedua raja dan ketiga adalah hakim.

Di sini disenaraikan beberapa kesalahan yang dapat hamba perhatikan dalam pertandingan tersebut mengikut susunan takhta masing-masing :-

Tunas Warisan Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tok Jogho – Tok jogho UKM mempunyai suara semulajadi yang cukup merdu dan layak menerima pujian, tetapi pemilihan lagu kurang sesuai dengan kelebihan yang ada padanya. Perletakkan rangkap utama yang lebih tinggi dari rangkap susulan juga satu kesilapan dan membuatkan lagu semakin layu. Pemilihan intro yang menyerlah juga telah memalapkan lagu jogho tersebut.

Tukang Karut – Kemerduan suara tukang karut juga layak mendapat pujian. Suara yang meruncing dan tajam membantu dia melontarkan sebutan dengan jelas pada setiap ayatnya. Namun ada beberapa kesalahan ketara yang telah dilakukan. Pertama dari segi rima pantun lagu kreatif kedua. Mengikut penghayatan hamba, perletakkan rangkap utama lagu kreatif beliau berakhir dengan sebutan ‘a’ tetapi pada rangkap susulan pantunnya pada rangkap kedua berakhir dengan ‘an’. Kesilapan kedua, dalam karut kelantannya awak-awak telah sahut ayat yang lain dari sebutan dari tukang karut. Kesalahan ketiga, beliau menghentikan karutnya dengan baris pembayang, bukan pemaksud sebagaimana yang diwajibkan dalam sifat karut kelantan. Gaya yang agak ‘cool forever’ juga tidak seimbang dengan watak seorang tukang karut di pentas pertandingan. Susunan isi agak kemas tapi tidak teratur dari segi kesinambungan setiap lagu yang diolah.

Awak-awak – Awak-awak UKM agak baik dari segi suara namun tidak konsisten pada akhir persembahannya. Lagu matang kedua yang menyerlah sedikit kecelaruan dalam sahutannya. Lagu penutup juga ada menonjolkan sedikit kelemahan pada setiap sahutan pantun dan hujung baris pertama lagu penutup.

Pemuzik – Pemuzik tidak seimbang antara satu sama lain dan sekaligus menghapuskan keserasian bunyi. Pelarasan bunyi antara gong dan rebana ibu amat ketara kelemahannya. Keadaan ini langsung tidak membantu kehangatan pendikir untuk naik pada tahap sebenar. Mungkin tumpuan pada kepakaran rebana ibu diberi penekanan maka alat muzik lain jauh tertinggal. Pemain rebana ibu agak baik namun masih perlu mendalami susunan ‘bunga’ paluan bersesuaian dengan lagu.

Sutra Pawana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tok Jogho – Kelunakan pada suara sebenar juga boleh dibanggakan, namun ada sedikit gugup diselindung tapi terserlah pada baris pertama pantun pertama dalam lagunya. Tapi dari segi kelendikkan dan cermat menyambut dan menghantar lagu layak mendapat pujian. Tapi jika diukur aura suara semulajadi, ada sedikit kekurangan jika tok jogho UKM juga berada pada tahap sebenar dirinya.

Tukang karut – Tukang karut ini juga layak mendapat pujian. Kemerduan suara agak serata dengan pemilik pingat yang lain namun kelebihan agak ketara pada ‘kejantanan’ suaranya. Keyakinan dan perwatakan agak menyerlah pada beliau banyak membantu pendikir yang lain. Namun kesilapan tetap ada. Dalam lagu matang kedua, beliau telah meletakkan nada agak tinggi, awak-awak masih mampu tapi pantunnya agak tercekik dan ada sedikit tidak sempurna pada lagu tersebut. Tapi perletakkan lagu penutup menjadi penawar kelemahannya kerana berjaya dialunkan dengan cukup dari segi harkat dan lenggoknya. Susunan isi beliau agak kemas dan menyeluruh berbanding tukang karut lain.

Awak-awak – Awak-awak agak seimbang dengan kumpulan yang menang tetapi perihal sama juga terjadi pada lagu penutup. Hujung baris pertama lagu penutup agak tidak selesa seperti kumpulan johan dan ketiga. Mungkin nada tinggi diperlukan oleh tukang karut untuk lagu penutup demi mengimbangi lagu-lagu sebelumnya supaya tahap kawalan nada tidak melesukan graf dan momentum persembahan.

Pemuzik – Bunyi dan kombinasi antara alat muzik agak serasi. Pemuzik juga agak cermat pada permulaan persembahan, tapi ada sedikit ‘terkehel’ dalam paluan lagu jogho. Tanpa kesilapan ini, pemuzik boleh dianggap sempurna sepenuhnya.

Basa Diwana, Universiti Malaya

Tok Jogho – Kemerduan dan ‘kejantanan’ suaranya juga layak mendapat pujian dan amat sesuai untuk seorang tok jogho dikir. Tapi sayang, lenggok hujung pada setiap ayat tidak disempurnakan sepenuhnya. Mungkin penghayatan lagu jogho belum sampai pada dasar jiwa tok jogho ini.

Tukang karut – Susunan lagu yang agak teliti berjaya menyerlah identiti dan kebolehan semulajadi tukang karut ini. Susunan lagu dan irama yang memang sesuai dengan lenggok suaranya berjaya melengkapkan setiap lagunya dengan sempurna. Jika percaturan lagu tidak kena, tukang karut ini tidak akan menyerlah sebegitu kerana kemerduaan suara sebenar sedikit kurang dari tukang karut di atas. Cuma dari segi ‘kejantanan’ suaranya, beliau masih berjaya mengekori tukang karut UIA. Susunan isi agak kemas dan mengambil pendekatan ‘suap terus’ untuk santapan juri dan penonton menjadi strateginya memancing perhatian khalayak.

Awak-awak – Awak-awak kumpulan ini agak menyerlah dan cukup hangat jika penilaian berpandukan graf persembahan. Suara yang agak tajam dan tepukan yang nyaring dan garing memberi kelebihan pada awak-awak ini. Namun penyakit yang sama dengan pemenang yang lain masih melanda. Kurang sempurna pada hujung baris pertama lagu penutup.

Pemuzik – Pemuzik kumpulan ini boleh dikategorikan sebagai sempurna berbanding kumpulan lain. Susunan bunga paluan, penghayatan bunyi dalam lagu dan keserasian antara alat muzik cukup menarik. Pemuzik ini juga anyak membantu ‘kegalokan’ tukang karutnya.

Itulah serba sedikit ulasan berpandukan pemerhatian hamba yang serba kekurangan tapi rasa bersalah jika tidak mengeluarkan rasa hati berlandaskan sebuah kejujuran paksi naluri bersandarkan realiti. Apa pun, kesimpulannya hamba masih banyak perlu belajar menilai sebuah pertandingan dikir barat kerana berdasarkan penilaian ini, keputusannya jauh tersasar…

Guru ku…aku masih lagi terkial di pelantar kerdil ini, tatkala jerung nafsu meliar melibas ekor mengasah taring mengejar takhta berkilauan di persada. Namun aku masih bangga kau mengajar aku mengasuh seketul darah beku dalam jasad. Bersoraklah dengan penuh girang kerana ke’jaya’an…maruah hanya di tapak sepatu, yang pasti tiada siapa memandang, hanya hati sendiri yang bisa memahami siapa kita.

arjunasukma@abeyie

Festival Seni Universiti Malaya 2009
*Chief Ali Baba sedang mendengar taklimat ringkas dari Mafaka…

Setelah hampir seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina..maka pengisian dalam blog ini juga turut bercuti. Maklumlah dengan tekanan masa dan proses kejar kejaran sering membaluti diri maka tersepitlah hamba di celah-celah reranting waktu.

*Barisan tentera berkuda Basa Diwana…

Hari ini baru boleh mengecap hidup seorang ‘aku’ secara normal kembali. Pagi ini seawal 6.00 pagi berkejar ke Sri Pentas, untuk membantu rangka promosi Festival Seni Universiti Malaya 2009. Festival ini merupakan acara tahunan yang mengumpulkan berbagai pertandingan kebudayaan. Salah satu acara yang hangat menjadi rebutan para idaman sang juara ialah Pertandingan Dikir Barat.

* Antara pemain import…selaku staff UM..Tok Scoby Doo..

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, acara ini mendapat sambutan hebat samada dari segi penyertaan dan kemeriahan penonton memberi sokongan pada kumpulan masing-masing. Diharap tahun ini akan lebih meriah dengan kemasukan para jurulatih import profesional untuk melihat bagaimana setiap jurulatih ini menghamburkan kepakaran dalam mendidik anak buah masing-masing.

* Foto ini demi untuk tidak mengecilkan hati pemain gong..biasa jerr..

Perjuangan hamba di medan Juri selaku meluah kritikan setiap kali pertandingan yang lepas juga nampaknya telah berjaya menampakkan hasil. Selalunya dikir barat menjadi salah seorang anak tiri, tidak dipedulikan akan kualitinya…dalam masa yang sama seni lain berupaya mencari jurulatih yang juga ribuan kos upahnya..dikir barat tidak mengapa tidak ada jurulatih pun..senang..hahahaha…itulah selalunya pendapat bebas para yang berkuasa.

* Barisan penggempur nasi lemak…Terima kasih TV3@Media Prima

Semoga tahun ini perubahan dari segi format dan struktur lagu dalam sudut kualiti yang tinggi dapat dicapai. Walaupun hampir kesemua kolej menyediakan peserta junior…namun itu sebagai cabaran kepada para jurulatih untuk mengolah kepakaran dan seterusnya menyediakan yang terbaik untuk Juri dan penonton…

abeyie@arjunasukma