A k a d e m i A r j u n a s u k m a » kaizen

Arjunasukma @ NRE – Semester Pertama
Alhamdulillah…setelah berkejar masa mengerah tenaga zahir berulang alik ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia Putrajaya, maka selesailah sudah semester pertama episod percubaan para graduan dikir di MACGDI, Kementerian Sumber Asli, Malaysia.

Syukur juga, apa yang diperlukan oleh seorang cikgu dari anak didiknya berjaya dihasilkan sebagaimana kehendak yang dirancang. Segalanya berjalan mengikut jadual tanpa muncul halangan yang tidak diundang sepanjang semester percubaan ini.

Kali pertama sampai di Jabatan ini…hati hamba sedikit gusar memandangkan sambutan yang diberi dari bilangan peserta agak samar-samar. Kebanyakan datang ke sessi pengenalan tempohari berteman air muka ‘kahwin paksa’. Seolah-olah dipaksa oleh orang atasan masing-masing. Air muka yang berpangkal pada ‘malu alah’…itu mengikut tafsiran bahasa pandangan dari pengamal ilmu saikologi tanpa jurusan khas orang seperti hamba ini. Tapi, alangkah terkejutnya, gambaran pertama itu berjaya dipadamkan oleh gelora semangat yang melanda pada sessi latihan pertama. Hari itu, sudah ada tanda-tanda penerimaan secara rela cinta paksa tempohari. Episod ini boleh membawa anda semua untuk menghayati ungkapan ‘tak kenal maka tak cinta’.

Minggu-minggu seterusnya berlalu membuatkan hamba sudah mampu tersenyum dalam hati setelah graf silibus yang disediakan telah dilangkaui dengan serba sempurna. Muka mencuka sudah mampu tersenyum, jelingan kurang mesra sudah bertukar bertambah manja.kehkehkeh..

Bermula dari kosong…tiada apa-apa…seolah-olah encik Yaba memberi sebatang kayu kepada hamba untuk dibentuk menjadi sebuah perahu..berbekal pahat dan tukul..alhamdulillah..perahu yang hamba hasilkan berjaya mengharungi lautan dugaan pertama dengan tenang dan meriah..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua kerana menerima hamba seadanya sepanjang proses mengenali ‘cinta’ pertama anda ini.

leg note : Sampai hati kalian menjudulkan diri hamba ‘arujuna…mentang-mentanglh hamba berkulit sawo gelap…arujuna tu sedara arumugam..bukan orang yang sama, tapi waris jgk la..hehe..arujuna pun arujunalah..janji R&B..ngumpat kat emel pun bleh tahan gak yer..lain kali nk ngumpat jgn la attach pada personel yang diumpat..dh xjadi ngumpat lagi dah..tp ngumpat sunat tu..berbicara yang baik2..hehe

abeyie@arjunasukma