Musim tahun 2009 agak meningkat sibuknya berbanding tahun lepas. Demi memenuhi jemputan untuk menyuburkan benih dikir keseluruh tanahair tercinta ini, patah paruh sayap ku tongkat jua.

Kalendar Karnival Seni Pencegahan Dadah 2009 disingkap tirai agak awal tahun ini. tidak seperti tahun sebelumnya yang bermula pada bulan Mac. Tahun ini diari hamba telah terconteng pada awal bulan Januari lagi.
Untuk makluman semua, Karnival Seni Pencegahan Dadah adalah acara tahunan yang menyelitkan beberapa pertandingan bertujuan untuk menyampaikan mesej tentang bahaya dadah dikalangan pelajar sekolah menengah. Dikir Barat menjadi salah satu pilihan penganjur bersama boria, nasyid, sajak dan sebagainya.

Pada tahun ini setelah dilalui beberapa saringan diperingkat daerah, syukur ke hadrat Ilahi, benih ceding hamba tak kira baru dan lama masih dapat gagahi halangan busut-busut ini. Setakat ini hanya satu sekolah yang telah gugur di peringkat negeri, iaitu Wilayah Persekutuan KL. Yang lain masih menunggu tarikh berjuang.

Di sini, hamba ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah pertama untuk Negeri Melaka kerana telah mengesahkan diri ke Kebangsaan tahun ini, iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka. Kumpulan Dikir sekolah ini…’Dikir Tuah’ di bawah kelolaan Cikgu Lan merupakan sekolah tumpuan hamba dan rakan seperjuangan untuk ke Kebangsaan. Tahniah Komando Dikir Tuah….
{ 13 comments… read them below or add one }
tahniah jugok…kalu oghe sabah buleh..oghe pahang buleh..oghe melaka pon mesti buleh jugok…kalu kita berusaha mesti kita buleh..jalan ada dah..komitmen yang berterusan mesti membuahkan hasil pada masa akan datang…man jadda wajada….
bguihhh baguihhhh…
panggil kuro-katup wi bukti ngajar pelapis baru ni.. Bo Bor la dok ingat hok takdok.. ajar tunas wi ada nih
halohalo nk kopi ke milo???
tahniah buat kumpulan dikir tuah..baru2 ni ambo tgk demo ddikir di saringan rtm..amat mengujakan..pilihan berani..malah mampu pergi jauh..trening mmolek..gegarkan dikir barat kebangsaan…
sedap tuh setaro tuh puak dikir dio… budak sekolah setara tu gak, pendek kata gak… jadi…
tahniah la jumpa di sg petani esok…..walau kami datang dari perak….sokongan kami khas untuk anak-anak didik abe yie jerr…hok itu je yang layak….
takdok ko video klip latihan penuh,
nok tengok!!!!
aihhh… bilo nak mari ddikir di Rompin puok demo ni… Abe yie, takdok persembahan kat alik sini ko?
rndunya kt dak2 melttec……….kekalkan kejuaraan dikir tuah kita………melttec is the best……..from abadi2 2008
dh cntik melttec skg….teringt knangan manis kt blokF&A……
tahniah cikgu….smge ape yg cikgu usahakn x sia2…
tahniah cikgu….smge usahe cikgu membuahkn hasil…rndu sngt kt meltec…