Teknik Menepuk Tangan

by arjunasukma on June 30, 2009

Dalam seni dikir barat, tidak sah akan dikir itu jika tiada tepukan. Tepuk tangan merupakan salah satu rukun dalam dikir barat. Tapi berapa ramai pendikir yang bertepuk tangan dengan betul? Persoalan sebegini jarang yang menerokai dalam bentuk yang lebih terbuka, kerana menganggap tepuk tangan adalah perkara yang senang dan remeh. Sesiapapun boleh bertepuk. Tapi tepatkah cara yang dibuat, dan memadaikah setiap hasil tepukan tersebut?

P5091150

Sebagaimana kita sedia maklum, sejak dari lahir kita didedahkan dengan tepuk tangan. Diagah, diusik dengan cara bertepuk supaya kita semasa bayi boleh tersenyum atau dengan kata lain cuba menarik perhatian. Dalam sudut dikir barat, tepukan yang padu, nyaring dan tepat menjadi ukuran utama. Jarang kita melihat markah tepukan diambil kira dalam skima permarkahan, tapi selalunya ia dinilai dalam keseragaman dan paduan awak-awak.

Penilaian tepukan ini selalunya dinilai secara keseluruhan dalam bentuk kesepaduan awak-awak kerana tepukan juga boleh mempengaruhi dan mencelarukan cara awak-awak berdikir. Tepukan boleh menggagalkan perjalanan tempo yang sepatutnya, tepukan juga boleh menyukarkan seseorang tok jogho atau tukang karut untuk mengambil setiap baris kepala lagu atau rangkap susulan.

P5011089

Mendekati sifir dan formula tepukan ini, apa yang paling utama ialah ketepatan tepukan agar kena dengan tempo dan seiring dengan alat muzik. Dalam dikir barat tepukan diambil kira bersamaan dengan paluan gong. Samada tepukan bersama dengan gong berdasarkan sifir empat bit bersamaan satu gong atau tepuk berselang dua bit sebelum gong dalam kiraan empat bit satu gong. Itu dikira dalam bunga tepukan. Ada juga sesetengah kumpulan menepuk secara rapat mengikut kiraan bit di setiap sendi lagi seperti lagu juara, tetapi teknik itu juga boleh diterima pakai dan dikira dalam bunga tepukan. Tapi harus diingat, tepukan sebegini boleh mencacatkan tempo lagu jika awak-awak yang belum ada kepakaran sepenuhnya. Ianya akan mempengaruhi tempo lagu dan menjadikan lagu laju secara mendadak. Apa-apa teknik tepukan, yang penting, tepuk mestilah bersama dengan gong. Ditambah tidak menjadi kesalahan tapi jangan tinggal kosong tanpa tepukan bersama bunyi gong.

P5011086

Tepukan juga perlu didalami caranya dalam bab penghasilan bunyi tepukan. Untuk menghasilkan bunyi tepukan yang nyaring secara teorinya tapak tangan mestilah bebas dari ruang-ruang diantara tapak tangan yang membolehkan angin berkumpul dicelahnya. Pada mulanya akan terasa pedih pada tapak tangan pada pendikir yang baru. Lama-kelamaan rasa pedih itu akan hilang dek alah bisa tegal biasa. Salah satu teknik yang selalu digunapakai secara meluas adalah dengan cara merendahkan sedikit telapak tangan samada tangan kanan lebih ke atas dari tangan kiri atau sebaliknya, yang penting keadaan telapak tangan tidak selari supaya tiada ruang diantara kedua telapak tangan yang bertekap itu. Jika tanpa angin yang terkandung ditengah-tengah itu, maka kenyaringan tepukan akan terhasil secara automatik. Jika nyaring dan garingnya tepukan awak-awak, selalunya akan menaikkan semangat tok jogho dan tukang karut untuk lebih kreatif dan melonjak kehebatannya dalam persembahan tersebut.

Perihal ini selalunya jarang disedari..tapi jika anda mencuba…hasilnya anda juga yang dapat buktikan pada diri sendiri apa itu kepuasan berdikir barat.

{ 14 comments… read them below or add one }

kertawila 07.01.09 at 8:38 am

Bulih sdra Arjunasukma terangkan dgn jelas (kalau boleh masukan gambar kedudukan kedua tapak tangan sekali) bagaimana yg dimaksudkan dengan merendahkan salah satu tapak tangan (kanan atau kiri) untuk mengelak daripada terjadinya ruang udara diantara kedua tapak tgn tersebut dgn tujuan utk menghasilkan bunyi tepukan yg nyaring.

Pada pandangan saya, jika kita merendahkan salah satu dari tapak tgn tersebut, menyebabkan kekuatan kedua2 tapak tgn itu sudah tidak sama kuat lagi dan sudah pastinya tangan yg kedudukan sebelah atas lebih kuat (power) dari tangan sebelah bawah kerana kekuatan tangan semasa menepuk tertetak pada bahagian bawah tapak tangan. Adah cara yg saya maksudkan ini boleh menghasilkan bunyi yg nyaring.

Terima kasih..

munkyG 07.01.09 at 8:51 am

Saya bersetuju dengan teknik yang diberikan oleh aban yi kerana teknik inilah yang saya gunakan semenjak saya bersama dalam kelab Tunas Warisan Artisukma UKM lagi. Caranya, tangan kanan direndahkan sedikit dari tangan kiri supaya tidak selari diantara kedua2nya, manakala ibu jari pula bersilang bagi menghasilkan bunyi padu yang sekata dan tidak ada echo diantaranya..

catu lagi yang mungkin aban yi tidak sentuh, iaitu cara duduk awak2. kerana cara duduk awak2 juga mempengaruhi bunyi menepuk tangan… mungkin aban yi boleh huraikannya… :D

datuk D 07.01.09 at 1:44 pm

wat masa ni teknik yang dikemukakan oleh arjunasukma terbukti menghasilkan satu bunyi yang ‘SATU’ dan padat.. teknik ni ringkas dan mudah difahami..

kedua, ambo juga bersetuju ngan munkyG mengenai teknik duduk….. seharusnya ada satu sistem… mengelakkan ‘kekok’ dan janggal serta nampak kemas… pernah hamba diterangkan oleh para pakar dalam pergendangan mengenai ’sistem bersila’ dalam pergendangan makyong dan wayang kulit.. maksudnya mungkin satu sistem yang sama boleh dibangunkan atau diwartakan sepertimana tepuk ini dan senang diikuti bagi menjadikan seni ini lebih professional seperti mana Wayang Kulit dan Makyong..

sekian. .

Lokanbertepuk 07.01.09 at 3:50 pm

Kalu dlm silibus pengajaran muzik tradisional ambo, sistem lagu ni ambo panggil “Sistem Keselesaan”… di dalam “Konsep Ribaan”….haa gitu..

arjunasukma 07.01.09 at 7:16 pm

terima kasih atas segala komen dan pandangan. Satu idea baik juga dari saudara kertawila utk memasukkan gambar contoh kedudukan tangan ketika bertepuk itu..kemungkinan orang seni juga kertawila ni..hehe..

Soal kekuatan tenaga untuk hasilkan tepukan tu adalah sedikit beza antara kanan dan kiri, tapi tahap kenyaringan juga ketara berbanding tepukan tangan yang sama tinggi. Tenaga itu boleh diseimbangkan jika sudah biasa dengan tepukan cara ini.

Perihal kedudukan untuk berdikir..kita hurai dalam bab teknik yang seterusnya..

risha suara mas 07.03.09 at 10:18 am

kawe buleh kalu nak ngajar nepuk.ko guano abe yie?helo kawe ,kawe turun tmpat demo.

raz 07.07.09 at 7:23 pm

Kalau jenis yang tinggal nepuk tu macam mane abe yie?Maksud Raz, bunyi gong sahaja tapi tidak tepuk dalam jarak dua gong.Ini kerana, dalam pertandingan dikir barat RTM pun ada jenis dikir semacam ini. Boleh Abe Yie bagi pandangan?

arjunasukma 07.08.09 at 12:16 pm

Ok..satu cetusan persoalan yang baik.

Bagi a yie..tepuk bersama dengan gong tidak boleh diubah dalam dikir barat. Ini kerana perkara inilah yang menjadi salah satu pokok sebenar dikir barat. Apakah makna dikir barat jika tiada tepukan bersama gong. Bayangkan jika awak2 hanya meyahut pantun dalam keadaan tidak bertepuk..apakah akan sampai rasa dikir barat?

Persoalan ini perlu diambil berat oleh sesiapa saja dalam ilmu dikir barat. Jika tidak dijaga dengan tegas perihal ini, akan ada bermacam-macam tari yang tidak kena dengan dikir barat boleh dikepilkan bila awak-awak tidak terikat dengan tepukan di atas gong. Maka identiti dikir barat terhakis secara automatik. Tidak mustahil awak-awak boleh berlari-lari lapan kali gong baru satu tepukan…tergolek-golek pun sempat jika 8 kali gong atau 8 bar sekali tepuk..itu sebagai contoh.

Seumpama diperingkat kebangsaan rtm sendiri, mungkin pendikir tahap kebangsaan ini pun tidak peka dengan situasi ini, maka terjadilah konflik kabur pandangan dalam membentuk nilai komersil berteras keaslian sudut dikir barat. ..

Semoga tahun ini..tiada lagi bunga tarian sebegitu rupa kerana kebangsaan rtm lah ukuran tertinggi keaslian sebagai penanda aras dikir dunia.

risha suara mas 07.16.09 at 3:31 pm

panje lebar a yie wt ulasan.klu raz dop pehe lg x tau la.hahaha..ko guano a yie??demo pham dop raz??hahaha….

juka 07.16.09 at 10:21 pm

pah tu hakim lagu mono pulok?
kalu saloh bakpo buleh nombor???
adokoh kerano hok lain sedap, kesalahan tarian bersama gong diketepikan..

amerhuzairy 07.19.09 at 11:12 am

assalamualaikum,dalam dikir barat bolehkah meniru gaya kumpulan lain?

risha suara mas 07.22.09 at 3:44 pm

mer,tiru tu buleh..tpi jgn gomo blako..lebih molek demo..pkir gaya bru bg mmperkmbngkn lg dkir brat n.

amerhuzairy 08.09.09 at 7:37 pm

abe yie jika tukang karut atau tok jogho terlupa lirik,adakah ia akan menjejaskan dari segi markah dan persembahan?

arjunasukma 08.10.09 at 10:13 am

Lupa lirik memang jadi kesalahan besar dan menjejaskan markah dan persembahan. Tetapi jika lirik yang lupa itu diganti dengan isi yang sama rima ditempat lirik yang lupa itu, maka markah tetap akan dikira..boleh faham ke?

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>