*Tabuh buka panggung sebagai permulaan…
Sempena melengkapkan edisi jadual balik kampung, sempat aku menjenguk seketika bakat-bakat baru kumpulan dikir yang baru di kampung halamanku sendiri. Kumpulan ini…Gajah Mina Gading Hijau..masih dalam proses pematangan untuk menjengah keluar ruang lingkupnya. Namun kesungguhan yang ditampilkan oleh mereka semua amat membanggakan. Di bawah naungan dan tunjuk ajar rakan seperguruanku, mereka sudah mampu menunjukkan peningkatan. Terdetik bangga di sudut hatiku kerana setelah peninggalan daku hampir sepuluh tahun lalu, baru muncul minat anak-anak muda ini untuk mendekati dikir barat warisan ini…berbeza dengan suatu ketika dulu, aku hanya dua tiga orang sahaja ada minat untuk menerima dan mewarisi seni ini lantas dipulaukan dari handai taulan sebaya ku kerana cuba memikul seni lapuk dan tidak mengikut peredaran masa dan dunia moden.
*Lagu pertama dialunkan…enjin belum panas…
Aku meninggalkan kampung halaman sendiri dan merantau untuk mencari dan menggali bahan untuk bekalku. Perjalananku diiringi hilai tawa sinis dari teman-teman…dengan mengambil jalan singkat membuat tohmahan..satu perjalanan yang sia-sia. Tohmahan ini aku simpan sebagai bekal dan azimat berharga menjadi pembakar semangatku.
*Kecik-kecik cili padi…tok jogho tinggi, awak-awak tinggi lagi..
Hari ini…tidaklah sejauh mana perjalananku, namun hasil dari hijrah itu..aku sudah dapat merasai sedikit sebanyak manisnya buah ranum itu berbanding handai taulan yang ketika dulu mendabik dada bangga dengan petikan gitar mendendangkan lagu Red Hot Chilli Peppers..kini mereka semua masih tertunggu-tunggu jemputan dari Promoter Rick Hendrix untuk membuat persembahan di Royal Albert Hall, Lundang..
*Likung-likung jugak..baris pun kena belajar jugak..ppeluh basoh..
Secara mudahnya…kenali diri..sejauh mana kemampuan semulajadi untuk mencatur hidup..walau dalam apa jua bidang sekalipun..
{ 7 comments… read them below or add one }
sesungguhnya kumpulan ini mempunyai peluang yang amat besar untuk melangkah jauh ke hadapan..dibawah asuhan yang elok,masakan kueh tidak meniru acuan…
abe yie len kali letak la kipas kt tmpt latihan tue.. cian tgk dowang berpeloh2 nk berdikir.. hehe walopon gitu nmpak bersemangat dak2 nh.. tahniah!
kayuh slow2 koho lamo koho laju…
abe yie,
ambo nok gelar kumpulan ni tunas arjuna..
cilik tapi menyengat..
kecik tapi sogha besar..
semoga jiwa setiap ahli tunas arjuna ni sebesar Tuan Arjuna sendiri.. hahaha..
Syabas..
hehehe..a yie xngajar getek..kelik celoh-celoh ggitu jah..kalu pakat tanya nak bubuh nama rasmi nati..kita try cede la..idea D ni bernas-bernas..
oghe dikir ni tok ccaro ko kipah doh lela weh..kalu nok tera ddikir gak,maghi uia,kita tulong kipah takpo doh..hehehe
nok bubuh kipas mana lela?..