Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah…disebalik kesibukan berkejar ke hulu hilir bawa bekal semangat di jiwa, maka terselitlah sedikit ruang waktu untuk hamba mencoret beberapa patah kata sebagai melempias gian bersama handai taulan.
Tanggal 17-18 Ogos yang lalu berlangsunglah Pertandingan Dikir Barat Karnival Seni Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang bertempat di KB Mall, Kota Bharu, kelantan. Setelah berpenat lelah mengejar beberapa kerat anak-anak yang dahagakan dikir barat, maka telah ditapis dari beberapa buah sekolah, di saring ke peringkat daerah diikuti negeri…lalu terlepaslah beberapa sekolah di bawah didikan hamba ke peringkat kebangsaan seperti di atas.
Bermula dari hujung Januari sesetengah sekolah sudah bertungkus lumus membuat pemilihan tok jogho, tukang karut, pemuzik dan juga awak2. Sekolah yang lebih serius dan bervisi serta misi lebih gigih dan ghairah serta tahu apa yang patut diburu untuk kemuncak kebangsaan tersebut.
Pada hari kemuncak tersebut terkeluarlah benih-benih yang berbeza tahap kematangannya bergantung pada masa yang disemai sebelum dituai. Di sebalik penat lelah itu, syukur..benih dari Sabah, Kedah, Melaka dan Putrajaya melepasi tapisan dimaksudkan dan berpeluang merasa panas hangat di pentas Kebangsaan, yakni kemuncak terhebat benih-benih baru di peringkat sekolah menengah.
Bermula wisel bermulanya pertandingan, benih bongsuku melangkah ke gelanggang meluahkan bagaimana buah dituai setelah disemai. Mewakili Putrajaya, cukup merimaskan jiwa hamba kerana masa yang diperuntukkan untuk membikin sang juara begitu singkat. Tapi apakan daya, rezeki setakat itu, sekurangnya memberi pengalaman berharga.
Diringkaskan cerita, pengamatan hamba pada keseluruhan pertandingan…masih ada dua kasta lagi dalam pertandingan berprestij itu. Kasta yang hamba maksudkan ialah peringkat kefahaman tentang dikir barat. Masih ada lagi negeri2 yang jauh lebih terkebelakang ditinggalkan negeri2 yang sudah meresap akan roh dikirnya. Bagaimana itu terjadi? Wakil peringkat kebangsaankah sebegitu rupa? Samada seluruh negeri belum mengenali dikir barat atau hakim yang dilantik diperingkat negeri silap pilih yang mana layak?
Dari segi keputusan yang diadili oleh hakim2…hamba sendiri masih mencari-cari bagaimana hakim2 berkenaan memegang prinsip untuk menjatuhkan hukuman. Adakah berpegang pada keaslian sepenuhnya atau berpaksi kontemporari. Jika anda salah seorang penonton pada pertandingan tersebut, sudah tentu anda juga boleh mendalami apa yang hamba maksudkan. Contohnya Sabah…bergelar johan dan persembahannya bermazhab keaslian dalam rukunnya, manakala Trengganu ditangga kedua dan diikuti Kelantan bagi saya ada sedikit ketinggalan jika dipandang dari sudut keaslian. Di mana ketinggalannya?? Jika diperhati Trengganu :-
1. Tidak tepuk tangan pada kiraan gong semasa Tok Jogho mengalunkan pantun.(Rangkap pertama)
2. Tidak tepuk tangan semasa sambut karut Yengki
3. Lagu Penutup@Irama Wau Bulan disadurkan menjadi sebuah irama baru samada disengajakan atau ingin serlahkan pembaharuan.
Kelantan :-
1. Gaya terlalu bersahaja seorang tukang karut.
2. Tidak tepuk tangan di atas kiraan gong semasa pantun tukang karut dalam lagu penutup@wau bulan.
Adakah perkara-perkara ini tidak diambil serius untuk dibuat pembetulan sepenuhnya agar nilai seni dikir ini lebih terperinci dari segi hukumnya…kerana, apa yang hamba pelajari…dikir barat tidak boleh dipisahkan dengan tepuk tangan. Tepuk di atas kiraan gong…Samada tepuk berganda atau tunggal di atas gong, tepuk mestilah tepuk…jangan menganak tirikan bunyi gong, memencilkan tepuk tangan jika bernama dikir barat. Seumpama mandi junub tidak rata akan airnya keseluruh badan…tidak lengkap rukun maka terbatallah kewajipan tersebut. Bukan apa, jika suatu hari negeri lain naik berdikir tanpa tepukan, apak yang hakim mahu katakan?apakah itu juga dikir barat??Sediakan payung sebelum berintik..
Sekian saja sedikit huraian serba ringkas berkait keputusan pertandingan tersebut…Apapun terima kasih kepada semua penyokong Akademi Arjunasukma.
Abe yie@arjunasukma
{ 1 trackback }
{ 10 comments… read them below or add one }
salam,
hok sabah n tganu ambo dok tengok sbb ari kedua ambo x gi..
kelantan ambo tengok..
tukang karut dio bawak irama 14 haribulan, awok² jawab irama wau bulan..
14 hb ngan wau bulan pun x reti beza lagi . . .
Kualiti pantun teruk sungguh ambo dengar ari tuh..
sumer negeri sama jah . . .
assalamualaikum kepada semua pendengar…meh sini aku nak komen.aku x puas hati betul masa 2..sepatutnya kedah bleh mendapat tempat,sekurng-kurangnya no 2 ka no 3…semua tukekarut macam kecuali kedah.
Itulah serba sedikit kekurangan samada dari jurulatih atau budak2 sendiri dalam golongan pendikir budak2 sekolah ni..asalkan irama wau bulan, belasah saja..tidak salah irama 14hb, jika perletakan tukang karut dan sahutan awak-awak sama iramanya..jarang orang perasan jika tidak betul2 menghayati dan perhati..
Dari segi pantun, ada negeri yang disediakan skripnya oleh cikgu yang mengurus kumpulan dan ada juga diserah kepada jurulatih sepenuhnya dari A sampai Z..tapi penyusunan rima bagi negeri-negeri yang ada jurulatih tersendiri tidaklah lari sangat..kecuali negeri2 yang tidak smpai tenaga pengajar atau yang main redah dalam kegelapan…
tok tahu nak komen laa…kalo ore klate sendiri pun dikir setaro tuuu…
takpo la..pakat2 beki…jgn mengeruhkan air tea yg dah keruh
samo2 la pakat bako
yang penting jgn hidap dadah..
dikir barat walau apo peringkat pon jange dok redoh jah,ada guru lagi molek,baru tinggi namo dikir barat..apo pun,tahniah buat sabah
mcm mana dengan sarawak? dr segi persembahannya, apa kekurangan??
sarawak nanti saya ulas malam ini..kena post mortem dulu..
abe………..gambar budak dikir sekolah menengah teknik juasseh bile nak kluar……tak sabar nak tengok ni